Attention Please!!!!

W3lc0mE tO mY StorY

Selamat datang ke blog saye. Hai, saya Mah Kaza(nama panggilan), Maaf lah blog saya tak awesome. Selamat membaca!!!

Thursday, November 19, 2009

Jatuh Dalam Longkang

Oleh: MT013

Pada hari Isnin 4 hari yang lalu berlakunye tragedi aku jatuh dalam longkang. Klau nak tau macam ni citer yang realnye.

Hari tu aku datang lewat skit pergi mengaji kat umah ustazah yang trletaknya di Taman Seri Permai. Dalam pukul 8.00 lebih la... Aku, abang aku, adik aku dan mak aku yang mengaji kat situ. First, abang aku yang mengaji lu. Pastu adik aku 2 orang tu plak mengaji. Aku mengaji last skali tapi ngan ustazah lain. Mak aku mengaji ngan ustazah lain. Aku abis ngaji lu. Pastu aku duduk kat luar rumah ustazah.

Aku tengok adik aku main pasir. Aku tegur laa... Pastu aku suruh die basuh tangan. Sekarang beralih kepada abang aku plak. Die duduk atas bonet kereta, pastu x pakai kasut plak tu. Kasut die ade kat dalam kereta. Pastu aku tengok abang aku main ngan adik aku. Aku pun join skali laa... Pastu aku tolak abang aku ke bawah apabila setiap kali die naik atas bonet kereta. Lepas tu aku masuk dalam kereta ambik kasut abang aku. Pastu aku lempar kat atas jalan depan rumah ustazah tu.

Waktu tu aku nak ambik dan lempar kasut tu ke tempat lain plak tapi kena tangkap ngan abang aku plak. Aku xleh nak lari sebab die kunci leher aku, macam nak lawan kat WWE plak. Aku tarik tangan die tapi xleh. Aku baru je nak lepaskan diri daripada kena kunci leher tadi tapi belum sempat aku nak lepaskan diri, abang aku humban aku sampai jatuh ke atas rumput. Kebetulan plak rumput tu licin. Aku terguling-guling atas rumput dan tak sempat nak berbuat ape-ape lalu aku jatuh ke dalam longkang tersebut. Yang bahayanye aku jatuh kepala dulu, macam nak terjun dalam kolam plak. Pastu aku bangun dengan kesakitan.

Yang malangnye plak, dalam longkang tu ade air. Abis basah seluar dengan baju aku. Rambut aku penuh dengan pasir. Pastu aku terus je keluar dari longkang tu dengan cepat. Abang aku plak asyik gelak sebab aku nampak lawak skit. Pastu aku terasa sakit kat kepala sebab terhantuk kuat pada simen longkang dengan kuat. Aku tumpang paip rumah ustazah sebab nak bersihkan rambut.

Tengah leka bersihkan rambut, mak aku keluar dari dalam rumah ustazah. Pastu mak aku tanye kenape basah baju. Aku jawab abang aku yang humban aku. Pastu aku balik rumah kena duduk kat dalam bonet. Bonet tu buka la... Pastu waktu kat atas jalan raye, lori plak lalu kat belakang kereta. Lori tu nampak laju. Risau dibuatnye. Beli dah dekat nak sampai ngan simpang taman rumah aku, aku suruh abang aku tutupkan sikit bonet sebab nanti klo orang tengok segan la plak. Dah sampai rumah aku kena mandi dekat luar rumah lu. Habis kepala aku benjol, jari kaki aku xleh nak bengkok, klo sakit la macam nak patah, pastu kaki kiri bawah lutut terhentak atas bucu simen, kaki kanan plak luka. Pastu mandi pedih skit la kat tempat luka tu. Sebelum aku mandi tu die kata aku busuk. Biase la dah masuk longkang, macam2 bau pun ade. Lepas mandi tu aku ade bau wangi skit.

Friday, November 13, 2009

Futsal Atas Court Takraw

Oleh: MT013

Hari ni hari Jumaat. Semalam waktu kat sekolah, aku, Bajet, Budu dah rancang nak main bola sepak petang hari Jumaat ni. Rancang nak geng skali. Waktu aku datang petang tadi kat padang tepi logi, aku tengok xde nampak pun kelibat si budak Bajet ni. Yang ade pun Budu, Noh, Fakri and lain2. Tpi they main bola kat atas court sepak takraw. Aku pun terus menuju ke destinasiku iaitu court takraw tersebut. Apabila sampai disitu, Budu x main lgi. Die ajak aku ngan berpasukan ngan die. Maknenye perlawanan hari ni adalah main macam futsal tapi geng 2 orang saje sebab main atas court takraw. Sewaktu aku baru tubuh pasukan ngan Budu, perlawanan yang sedang berlawan ialah kumpulan A. Aku ngan Budu kumpulan B. 4 pasukan je yang lawan. Kumpulan A pasukan Apis ngan Afizudin vs Noh ngan Fakri. Perlawanan tu kumpulan Noh ngan Fakri yang menang dengan mata 10-4.


Sekarang tiba masanye untuk pasukan aku ngan Budu vs pasukan Fakrullah ngan Eduardu. Waktu aku mula main dah kene dengan pasukan lawan 1 gol. Kami x sempat nak kejar bola tu. Pastu main lagi sampai la pasukan kami telah memberikan gol penyamaan. Gol pertama dijaringkan oleh aku sendiri tapi dengan malang sekali selepas 2 minit kami memberi gol penyamaan, pasukan lawan telah membalas semula dengan 2-1. Perlawanan agak sengit disitu. Kami meneruskan perlawanan tanpa rasa ngeluh. Kali ni aku cross bola kat Budu. Budu gelicik dan shoot................. Terus gol!!!. Dan kami telah mendapat gol penyamaan sekali lagi dengan mata 2-2. Dan selepas gol penyamaan itulah pasukan kami membangkit dan Budu telah menambah 3 mata lagi. Kami menjadi pemenang. Tpi dalam kumpulan B dulu.

Selepas aku ngan Budu dah menang dalam kumpulan B, kmi terus ke pusingan akhir. Pasukan kami bertemu dengan pasukan yang agak mantop kebolehannye, boleh laa... Tpi kmi mempunyai kebolehan yang lebih daripada itu. Dengan tanpa gementarnya kmi terus menentang pasukan tersebut.

And now perlawanan telah bermula dengan pasukan aku ngan Budu. Aku hantar lerek ke Budu dan bola dilerek kembali kepada aku. Aku solo dan agak x brape yakin dan aku terus hantar bola kepada Budu tapi x kesampaian. Bola tersebut ditahan oleh pasukan lawan iaitu Noh dan dihantar kepada Fakri. Fakri terus mengejar peluangnya dan shoot..... Bola terus masuk ke dalam tiang gol. Pasukan lawan telah leading dengan mata 1-0. Permainan terus berlangsung dan pada masa ini lah Noh dari pasukan lawan telah merembat bola dari jauh dan terus padu ke pintu masuk tiang gol. Pasukan lawan telah membuat gol keselesaan mereka. Nampaknya kmi seperti sudah mengeluh tapi tidak sebenarnya. Dalam diam, aku ngan Budu bererat tangan dan bekerja sama. Kali ni Budu bawa bola dan hantar kepada aku. Aku hantar kembali kepada Budu. Budu nampak yakin dan gelecik pasukan lawan. Kesemua pasukan lawan digeliciknya dan die telah mendapat satu ruang disaat-saat kecemasan ini dan terus membawa bola tersebut ke dalam tiang gol. Budu telah membuat gol pertama dari pasukan kmi dengan mata 2-1. Dengan ini telah membakarlah segala semangat kmi dan membaralah api yang asalnya kecil, kini menjadi besar. Aku membawa bola dan aku cuba sepak ke arah tiang gol tapi ditahan oleh Noh. Bola terkeluar. Budu baling bola yang telah terkeluar tadi kepada aku. Aku dapat bola dan terus cuba bawa, tapi bola dirampas oleh pasukan lawan. Fakri sepak bola itu dan ditahan oleh Budu. Budu angkat bola dan aku cuba tanduk bola. Tandukan aku terkena dan bola masuk ke dalam tiang gol dengan mata 2-2. X disangka plak aku tanduk tu boleh masuk. Lepas tu sedang kami meneruskan permainan, cuaca semakin gelap akibat hari nak hujan. Pasukan lawan tidak dapat meneruskan permainnan mereka. Jadi perlawanan ini tamat di sini dengan mata akhir 2-2.

Tuesday, November 10, 2009

Manchester United Ditewaskan Oleh Chelsea

Oleh: MT013

Nak citer pasal bola ni aku xde lah tau sangat. But klo tonton, no 1 lah... Itupun klo free... Saye ni bukan penyokong yang tetap sngat sebab dulu sokong Real Madrid, Pastu sokong Manchester United. Tpi klo orang tnyer aku sokong pasukan mne, aku jawab yang aku sokong pasukan yang menang jer aku sokong. Baru2 ni Perlawanan MU dengan Chelsea. Waktu ni aku mesti sokong Chelsea sebab klo MU ngan Chelsea berperang, gerenti MU lebuh......

Pastu ade sorang abang ni die keje kat kedai makan Azli Tom Yam. Die memang peminat setia MU la konon. Pemilik kedai makan tu pub peminat MU. Waktu sebelum perlawanan bermula, abg tu siap gantung kain tuala yang mempunyai corak MUFC dekat tuala tu. Kononnye semangat pasukan MU la tuh... Tpi waktu perlawanan, John Terry menjaringkan gol pendahuluan. Memang lah hangat pada masa Chelsea menjaringkan gol yang pertama.

Waktu kat sekolah, ade kawan aku sorang ni memang minat MU. Kawan aku yang lain kutuk la MU kalah besar. Die xleh nak lawan sebab badan die bukan besar sngat. Klo wat pasal, aku bedal la die. Nme samarannya ialah MatKetot..... Ok smpai sini jer le. Nanti ade yang geram ngan aku plak...

Saturday, November 7, 2009

Pulangkan Cermin Mata Hasni


Oleh: MT013

Hari aku bangun agak lewak skit sebab hari cuti. Bukan hari ni je but selalu sngat bangun lewat. Bangun2 je dah dekat pklu 10:00pagi. Bangun jer terus mak mintak tlong masakkan telur goreng ngan tanak nasi di dapur. Tpi aku bantah, aku cakap "Angah tak nak tanak nasi, Angah nak goreng telur". Pastu aku baring lu kat atas tilan yang aku punyai di bilik tidur. Lepas 00.10 minit abang aku tanakkan nasi di dapur, bru aku bangun pergi kupas bawang dan campur kan bawang tersebut dgn telur untuk dijadikan telur dada.

Waktu aku tngah goreng telur tu abang aku suh cepat skit goreng telur tuh c0z die dah lapar sngat. Aku marah balik sebab aku mintak die tlong aku sediakan bahan untuk goreng telur die x sediakan. Aku malas nak sediakan bahan sebab semalam aku tidur lewat. Letih skit lah. Dalam mase 00.05 minit tuh aku dah siap goreng telur. Lepas siap je aku goreng telur tuh, abang aku lari cepat2 panggil mak ngan ayah aku. Die kelam kabut ajak nak makan sebab dah lapar sngat. Lepas habis makan ayah siap nak pergi kerja. aku nagn abang aku plak kemas bilik.

Aku siap lambat skit. Sementara aku siap2 nak gi kedai ayah, mak aku sedang melipat kain di biliknya. X lame kemudian, aku menuju ke kedai. Apabila aku sampai di kedai, abang aku sedang sibuk layan pelanggan. Aku tengok die layan pelanggan, aku wat slamber je. Aku duk kat depan komputer N main game enternet kat laman web www.y8.com ataupun kat www.miniclip.com.

Jam menunjukkan pukul 2 lebih. Waktu tu aku nagn abang aku ngah jge kedai. Ayah aku rase ngantuk plak. Ayah aku tidur lu kat blakang. Klo ade trouble bru aku panggil ayah aku. Waktu mcam ni la abang aku slalu "curi tulang". Klo ayah aku tngah ngantuk je ade pluang la abang aku nak kuar jalan2 kejap. Ayah aku tak tau pun mane die pergi. Waktu tu aku ngah syok!!! tengok video shuffle kat www.youtube.com. Pastu taip Shuffle 07 final chapter. memang best lah video shuffle tu. Kat video tu orang buat pertunjukan shuffle ngan tecktonik. Waktu aku ngah syok tonton video, ayah aku terjaga dan trus ke kaunter. Die tnyer "Mne Along???" aku pun jawap "Ntah lar... Tdi die ade kat sini" Pastu ayah aku duk kat kaunter skali ngan aku. X lame lgi ayah aku ngantuk balik. Pastu die gi urut kaki guna mesin Ogawa. Die kata "Karang klo ade masalah panggil ayah". Pastu x lme lgi abang aku plak balik dri mne ntah ler...

Jam menunjukkan pukul 3.57petang. Apabila aku terpandang pada jam, bru aku teringat nak call Aiman sebab nak send cermin mata kepunyaan kawan sekelas kmi iaitu Hasni. Pastu aku call Aiman, aku suh die datang kat kedai aku sebab nak send cermin mata Hasni tdi. Pastu, dlam 5 minit Aiman dah sampai. Aku tengok Aiman termengah-mengah sebab letih berlari. Aiman lari laju wooo..... "Bagai sedang mengejar cinta". Eh... Xde lah saje je main2. Pastu aku ngan Aiman pergi menuju ke seberang sana iaitu Taman Rengas Indah(TRI) iaitu dimane terletaknye rumah Syarifah Nur Hasni Binti Syed Zubir. Dalam mse 15 mnit, aku ngan Aiman tiba di destinasi kami.

Dari jauh lagi kmi dah attack rumah mangsa(Hasni). Rumah mangsa(Hasni) nampak agak mewah. Apabila kmi tiba saje di depan pintu pagar rumah mangsa(Hasni), pintu pagar rumahnya terbuka agak kecil. Klau aku ngan Aiman nak masuk skali gerenti x lepas sebab lemak kmi lebih kurang sme banyak je. So tidak sorang pun yang diantara kmi yang masuk ke dalam tpi hanya tercegat di situ saje. Aku malas nak tunggu mangsa(Hasni) kat luar lame2. Aku pun bagi salam "Assalamualaikum...2x". Tpi xde ape2 effect pun. But kali ni "Assalamualaikum...1x". Bru ade adik mangsa(Hasni) keluar. Aku sruh adik mangsa(Hasni) "Adik, panggil kakak". Tapi bile adik panggil "Kakak... kakak...". Skali kakak kpda mangsa(Hasni) plak yang kuar.

Waktu aku tengok kakak mangsa(Hasni), perghh..... muka die menakutkan. Nampak garang tapi dulu aku tengok kakak die waktu kat sekolah rendah dulu kakak die memang baik. Waktu tu aku dah takut gilerrr...... Aku terus tnye "Hasni ade x?". Kakak die balas "Spe ni?". Aku jawab "Ni kawan Hasni?". Kakak die tnyer lgi "Knape?". Aku balas balik "Nak bagi cermin mata die". Pastu kakak die panggil die "Hasni..... Your friend". Pastu aku ckap kat Aiman "Wei Aiman, kakak Hasni macam perli aku jer, aku kan lemah sikit BI". Pastu Aiman gelak kecil. Kecil je, sebab klo gelak besar nanti anak tekak tercabut plak. Pastu aku tunggu kehadiran Puteri Syarifah Nur Hasni lah konon sebab lame sngat tunggu die kat luar. Pastu x lme lgi, Hasni kluar dari rumahnya. Aku pun terus bagi cermin matanya. Pastu aku ngan Aiman pun trus blah. Bru beberapa langkah, Hasni tnyer "Korang dri mne ni". Aku jawab "Baru turun dri kapal terbang. Pastu kmi berdua trus pulang dan selesailah kes penghantaran (Ufti) kepada Kerajaan (TRI). Iaitu ufti utama ialah "Cermin Mata".

Friday, November 6, 2009

Sepak Takraw


Oleh: MT013

Tersebutlah kisah yang dilalui oleh saya waktu kecil dulu waktu umur saya lebih kurang 4 tahun yang bru saja mengenali permainan sepak takraw. Waktu tu bru tahun 2000. Waktu tu saya bru je kenal rupe bole takraw sebab hari tu bapak sedare saye ajak kawan die ramai2 datang kat umah nenek saye. Pastu saye tengok best plak they main sepak takraw.

Pastu saye plak mula mintak nak main skali nagn diorang. Bapak sedare saya bagi saye main skali. Tpi kite ramai2 main sepak raga je sebab klo nak main tekong saye tak pandai lgi. Klo jatuh spe yg susah plak kang???

Waktu tu saye x pandai sepak bersila lgi. Saye sepak bola tu mcam timbang bola sepak je. Tanduk bole pun x pandai lgi. Wlaupun waktu tu sye x pandai main, tpi ia telah menjadi impian permainan yg paling saye minat dalam diri saye. Sampai sekarang saye teringin nak menjadi seorang yang pandai main sepak takraw ni.

Ini pula tahun 2009 waktu saye berumur 13 tahun Ade satu kes ni kan waktu tu dalam mingguan PMR dijalankan di sekolah saye. Sir Chandra A/L Segaran yang mengajar kelas saye pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Kmi PJ hari Jumaat. Hari tu Sir Chandra dah cakap nak main sepak takraw tpi dak form 2 plak nak main sepak takraw. Klo tidak Sir nak ajar tpi Sir ni seorang yang baik hati. Sebab tu die bgi dak form 2 guna court takraw tu. 2 minggu kelas saye x dapat main sepak takraw. Tpi ape yang kmi dapat ialah main bola sepak je. Rase borink sgat la waktu tu sebab kmi dah ready nk main takraw tpi ape yg jadi kmi telah putus harapan rasenye nak main bola sepak.

Macam orang menegakkan negara lah. Klo hari ni mereka dapat berita bahawa negara mereka nak diserang oleh negara yang agak lemah. Tpi apabila mereka "sediakan payung sebelum hujan" mengikut kekuatan pihak lawan tiba2 je negara yang lebih kuat dripada yang dsangka pula datang menyerang negaranye. Kan habis punah mase depan negara sendiri??? Haa... Macam tu la kmi sekelas rase.

Kata2 semangat saye pasal citer ni ialah "Usaha lah sesuatu itu sehingga ia menjadi impian kita yang termakbul". Dengan kata2 ini saya harap diri saya akan menjadi pengusaha yang terbaik untuk diri saya.

Mengenali Blog

Oleh: MT013

Ade satu hari tu, gua baru first time tengok kwan gua buka laman web sendiri. Gua terpegun sebab xtau pun yang kite leh wat blog sendiri. Pastu die add gua dalam follower die. Tpi name gua tu jadi hiasan je waktu sebab waktu tu gua bodoh skit pasal blog2 ni.

So, hari ni die ajar gua mcam mne nak wat blog. Waktu tu die ajar gua kat kelas. Memang kelam kabut la die bagi informasi. Gua pun kelam kabut gak waktu ngah kutip informasi sebab waktu tu nak balik dri skolah dah. Tpi bile gua balik dri sekolah tuh, memang dah melekat semua informasi yang dbagikan tadi. Itu jer terbitan yang saye ad hari ni. Klo ad citer lgi gua citer lgi kat lu orang.