Oleh: MT013
Hari ni hari Jumaat. Semalam waktu kat sekolah, aku, Bajet, Budu dah rancang nak main bola sepak petang hari Jumaat ni. Rancang nak geng skali. Waktu aku datang petang tadi kat padang tepi logi, aku tengok xde nampak pun kelibat si budak Bajet ni. Yang ade pun Budu, Noh, Fakri and lain2. Tpi they main bola kat atas court sepak takraw. Aku pun terus menuju ke destinasiku iaitu court takraw tersebut. Apabila sampai disitu, Budu x main lgi. Die ajak aku ngan berpasukan ngan die. Maknenye perlawanan hari ni adalah main macam futsal tapi geng 2 orang saje sebab main atas court takraw. Sewaktu aku baru tubuh pasukan ngan Budu, perlawanan yang sedang berlawan ialah kumpulan A. Aku ngan Budu kumpulan B. 4 pasukan je yang lawan. Kumpulan A pasukan Apis ngan Afizudin vs Noh ngan Fakri. Perlawanan tu kumpulan Noh ngan Fakri yang menang dengan mata 10-4.
Sekarang tiba masanye untuk pasukan aku ngan Budu vs pasukan Fakrullah ngan Eduardu. Waktu aku mula main dah kene dengan pasukan lawan 1 gol. Kami x sempat nak kejar bola tu. Pastu main lagi sampai la pasukan kami telah memberikan gol penyamaan. Gol pertama dijaringkan oleh aku sendiri tapi dengan malang sekali selepas 2 minit kami memberi gol penyamaan, pasukan lawan telah membalas semula dengan 2-1. Perlawanan agak sengit disitu. Kami meneruskan perlawanan tanpa rasa ngeluh. Kali ni aku cross bola kat Budu. Budu gelicik dan shoot................. Terus gol!!!. Dan kami telah mendapat gol penyamaan sekali lagi dengan mata 2-2. Dan selepas gol penyamaan itulah pasukan kami membangkit dan Budu telah menambah 3 mata lagi. Kami menjadi pemenang. Tpi dalam kumpulan B dulu.
Selepas aku ngan Budu dah menang dalam kumpulan B, kmi terus ke pusingan akhir. Pasukan kami bertemu dengan pasukan yang agak mantop kebolehannye, boleh laa... Tpi kmi mempunyai kebolehan yang lebih daripada itu. Dengan tanpa gementarnya kmi terus menentang pasukan tersebut.
And now perlawanan telah bermula dengan pasukan aku ngan Budu. Aku hantar lerek ke Budu dan bola dilerek kembali kepada aku. Aku solo dan agak x brape yakin dan aku terus hantar bola kepada Budu tapi x kesampaian. Bola tersebut ditahan oleh pasukan lawan iaitu Noh dan dihantar kepada Fakri. Fakri terus mengejar peluangnya dan shoot..... Bola terus masuk ke dalam tiang gol. Pasukan lawan telah leading dengan mata 1-0. Permainan terus berlangsung dan pada masa ini lah Noh dari pasukan lawan telah merembat bola dari jauh dan terus padu ke pintu masuk tiang gol. Pasukan lawan telah membuat gol keselesaan mereka. Nampaknya kmi seperti sudah mengeluh tapi tidak sebenarnya. Dalam diam, aku ngan Budu bererat tangan dan bekerja sama. Kali ni Budu bawa bola dan hantar kepada aku. Aku hantar kembali kepada Budu. Budu nampak yakin dan gelecik pasukan lawan. Kesemua pasukan lawan digeliciknya dan die telah mendapat satu ruang disaat-saat kecemasan ini dan terus membawa bola tersebut ke dalam tiang gol. Budu telah membuat gol pertama dari pasukan kmi dengan mata 2-1. Dengan ini telah membakarlah segala semangat kmi dan membaralah api yang asalnya kecil, kini menjadi besar. Aku membawa bola dan aku cuba sepak ke arah tiang gol tapi ditahan oleh Noh. Bola terkeluar. Budu baling bola yang telah terkeluar tadi kepada aku. Aku dapat bola dan terus cuba bawa, tapi bola dirampas oleh pasukan lawan. Fakri sepak bola itu dan ditahan oleh Budu. Budu angkat bola dan aku cuba tanduk bola. Tandukan aku terkena dan bola masuk ke dalam tiang gol dengan mata 2-2. X disangka plak aku tanduk tu boleh masuk. Lepas tu sedang kami meneruskan permainan, cuaca semakin gelap akibat hari nak hujan. Pasukan lawan tidak dapat meneruskan permainnan mereka. Jadi perlawanan ini tamat di sini dengan mata akhir 2-2.
No comments:
Post a Comment